Bank Diminta Longgar Syarat CTOS, CCRIS Bagi Golongan Muda Beli Rumah - Semasa | mStar

Bank Diminta Longgar Syarat CTOS, CCRIS Bagi Golongan Muda Beli Rumah

KUALA LUMPUR: Institusi perbankan disaran memberi kelonggaran kepada golongan muda yang namanya tersenarai dalam Credit Tip-Off Sdn Bhd (CTOS) dan Central Credit Reference Information System (CCRIS) untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menyarankan agar syarat CTOS dan CCRIS itu tidak dikenakan kepada golongan muda yang ingin membeli rumah.

"Mereka ini mungkin tersilap langkah dalam mengurus kewangan di peringkat awal, akibatnya nama mereka disenarai dalam CTOS dan CCRIS dan menghadapi masalah untuk memohon pinjaman perumahan, jadi saya cadang Kementerian Kewangan dan pihak bank memberi kelonggaran kepada mereka," katanya.

Idris, yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), berkata langkah itu tidak akan menjejas golongan muda melabur dengan peluang lebih baik.

"Rumah ini merupakan harta tak alih, bukannya harta boleh alih seperti kereta dan motor, ia juga boleh dijadikan cagaran, jadi jika pemohon lari, bank boleh lelong rumah pada harga yang dia kerugian," katanya.

Selain itu, Idris turut menyarankan kerajaan agar memperkenal polisi harga siling terhadap pemaju perumahan mewah, khususnya di kawasan bandar, bagi mengawal kenaikan harga rumah dan mengelak spekulasi hartanah.

Idris turut mencadangkan tempoh cukai keuntungan pelupusan hartanah (RPGT) dipertingkat daripada lima ke sepuluh tahun bagi mengelak penjualan hartanah pada masa yang singkat.

Persidangan dewan bersambung esok. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa