suria

Kerajaan Yakin Tiada Lebih Tawaran Profesional Menjelang 2020

KEPALA BATAS: Kerajaan yakin tidak akan berlaku lebihan penawaran profesional apabila Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, perancangan teliti telah dibuat untuk memastikan keseimbangan antara permintaan dan penawaran profesional.

“Akan terdapat lebihan penawaran sekiranya kita tidak merancang dengan baik.

“Tetapi, kami di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Sumber Manusia sentiasa merancang ke hadapan,” katanya selepas melancarkan Dana Pendidikan untuk Perubatan bagi Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS)-Maybank di Kompleks Budi Penyayang di sini, Ahad.

Nor Mohamed berkata, kerajaan telah mengenal pasti permintaan untuk profesional dalam pelbagai sektor menerusi program transformasi seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dimulakan pada 2009 bagi menjadikan negara sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Kami tahu dengan pengiraan yang baik terhadap jenis pekerjaan yang akan diwujudkan, jumlah pekerjaan yang diwujudkan dan kepakaran yang akan diperlukan.

“Oleh itu, semua yang kita perlukan adalah memastikan golongan profesional dan pekerja mahir yang dilahirkan itu sepadan dengan permintaan,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain