Tiga Lagi Syarikat Pelaburan Emas Diserbu Selepas Genneva - Semasa | mStar

Tiga Lagi Syarikat Pelaburan Emas Diserbu Selepas Genneva

PETALING JAYA: Tiga lagi syarikat pelaburan emas di Kuala Lumpur telah diserbu kerana disyaki mengambil deposit secara haram.

Premis bagi Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd diserbu pada Jumaat oleh Bank Negara, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Antara lain, mereka sedang disiasat atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram, pengelakan cukai, termasuk pernyataan palsu, dan pelantikan ejen tidak berlesen, kata Bank Negara dalam satu kenyataan.

Mereka adalah syarikat pelaburan emas terbaru yang diserbu selepas Genneva Malaysia Sdn Bhd, yang sedang disiasat kerana kesalahan yang sama seperti yang disiarkan pada muka depan akhbar The Star pada Selasa.

Ketika berita ini ditulis, para pegawai masih lagi berada di pejabat premis Pageantry di Setapak dan Worldwide Far East di Bandar Baru, Sri Petaling.

Tiada sesiapa yang dilihat di pejabat Caesar Gold di Jalan Klang Lama.

Dalam satu kenyataan berasingan, Bank Negara berkata, aset dan dokumen yang berkaitan telah disita dari premis beberapa Genneva dan kediaman pengarah syarikat.

Siasatan diikuti laporan polis yang dikemukakan oleh "pelbagai pihak" terhadap syarikat itu, tambah kenyataan itu.

Bank Negara telah mengenakan tindakan terhadap Genneva pada tahun 2009, tetapi ia kembali beroperasi selepas menukar namanya.

Bank pusat menasihatkan orang ramai untuk memeriksa dengan pihak berkuasa berkaitan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang seolah-olah begitu menarik.

"Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dalam melabur dalam skim yang tidak terkawal," katanya lagi.

Bank Negara menegaskan bahawa agensi-agensi penguatkuasa akan bertindak terhadap skim kewangan haram "untuk melindungi kepentingan pelabur dan orang awam secara umum".

Daripada 87 syarikat dalam senarai amaran pengguna oleh Bank Negara, 18 syarikat terlibat dalam aktiviti pelaburan emas.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain