suria

SPRM Siasat Kenduri Kahwin Anak Lelaki Ketua Menteri Melaka

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, siasatan akan dilakukan secara menyeluruh.

"Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baru sahaja bermula.

Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain