Rasuah: Bekas Pegawai TLDM Dipenjara Sehari, Didenda RM45,000 - Semasa | mStar

Rasuah: Bekas Pegawai TLDM Dipenjara Sehari, Didenda RM45,000

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat leftenan komander pada Jumaat dihukum penjara sehari dan denda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan rasuah, tahun lepas.

Nor Fyadzillah Mohd Taha, 30, dilihat menangis teresak-esak ketika Hakim Rozilah Salleh menjatuhi hukuman itu terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun, Nor Fyadzillah membayar denda itu.

Nor Fyadzillah, yang sebelum ini bertugas di Cawangan Pembangunan Manusia TLDM, didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM9,000 daripada seorang kontraktor, Mustafa Shah Abdul Hamid sebagai dorongan kerana memilih syarikat Mustafa untuk menjalankan kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak TLDM.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Sekinchan Ikan Bakar, Centrum Setiawangsa, Jalan Setiawangsa 8, Taman Setiawangsa di sini pada 1.20 pagi, 22 Julai 2011.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.

Pegawai Pendakwa Wan Ahmad Nizam Wan Omar dari SPRM memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana walaupun mahkamah mengambil kira faktor pengakuan bersalahnya, hukuman yang termaktub adalah penjara dan denda.

Peguam Dir Kheizwan Kamaruddin yang mewakili Nor Fyadzillah, memohon hukuman ringan kerana anak guamnya kini tidak bekerja dan sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan selain mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun dan ibu yang menghidap penyakit diabetes. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PM Harap Dapat Mandat Besar Dalam PRU-13

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain