Anggota Polis Bantuan Maut Nahas Jalan Raya Dekat Raub - Semasa | mStar

Anggota Polis Bantuan Maut Nahas Jalan Raya Dekat Raub

KUANTAN: Seorang anggota polis bantuan maut selepas motosikalnya terlanggar sebongkah kayu yang secara tiba-tiba jatuh ke atas jalan raya di Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu, dekat bandar Raub, Khamis.

Dalam kejadian 10.05 malam itu, Wan Mohammad Ridzuan Wan Hassan, 20, yang berasal dari Kelantan dan bertugas di Genting Highlands, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raub.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Superintenden Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.

"Mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur, mangsa terlanggar satu bongkah kayu yang secara tiba-tiba jatuh dari kawasan berbukit dekat situ," katanya kepada pemberita, Jumaat.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang buruh warga Indonesia maut dihempap pacuan empat roda yang dinaiki selepas kenderaan itu terbalik ketika menuruni bukit di Jalan Jerantut-Benta dekat Kampung Kor Olu Cheka, Jerantut.

Mohamed Fauzi berkata dalam kejadian 5 petang semalam itu, mangsa, Imam Kharir, 27, disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Jerantut.

"Ketika kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakan sekerja dikatakan duduk di bahagian belakang pacuan empat roda berkenaan, yang dalam perjalanan menghala ke Ulu Cheka dari tempat pembalakan," katanya.

Beliau berkata ketika menuruni bukit, pemandu pacuan empat roda dipercayai gagal mengawal kenderaan itu kerana permukaan jalan licin berikutan hujan sebelum terbabas dan terbalik menyebabkan mangsa bersama tiga rakannya bertindak melompat keluar untuk menyelamatkan diri.

"Bagaimanapun, mangsa dikatakan gagal menyelamatkan diri sebelum dihempap kenderaan berkenaan, yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di badan dan kepala," katanya.

Beliau berkata kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BERNAMA

Artikel Berikut

Bajet Selangor Dibentang 19 November

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain