suria

Polis Sandakan Rampas Mercun, Rokok Seludup

SANDAKAN: Polis merampas 1,000 bungkus mercun dan 730 bungkus rokok seludup yang ditinggalkan di kawasan belukar di Kampung Beriawa, Batu 8 dekat sini, pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superintenden Fadzil Mohd Ali berkata mercun dan rokok itu, yang diseludup masuk dari negara jiran, dipercayai untuk jual di daerah ini.

Beliau berkata hasil maklumat orang awam, anggota polis melakukan operasi di kawasan itu pada kira-kira 4 petang dan menemui dua kotak kayu mengandungi mercun dan rokok tersebut.

"Kami tidak menolak kemungkinan mercun dan rokok itu untuk bekalan kepada penjaja haram yang beroperasi di kawasan Bandar Sibuga, Batu 8," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Fadzil juga berkata rampasan itu diserah kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut.BERNAMA

Artikel Berikut

14 Pati Ditahan Polis Marin

Artikel Lain