suria

Pemandu Teksi Perlu Sedia Khidmat Lebih Baik – Ng Yen Yen

Kuala Lumpur: Pemandu teksi telah dimaklumkan supaya menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kerana mereka merupakan barisan hadapan yang berurusan dengan para pelancong setiap hari dan perkhidmatan mereka banyak mempengaruhi imej negara.

“Mereka berurusan dengan 24.7 juta pelancong antarabangsa dan kami menyasarkan 36 juta orang,” kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen selepas melancarkan kedai konsep Crabtree and Evelyn di Pavillion Kuala Lumpur.

Kementerian Pelancongan, Dr Ng menambah, menerima 42 aduan dari pelancong mengenai teksi pada tahun 2010 dan 61 tahun lepas, yang mewakili 25% daripada keseluruhan aduan.

Beliau berkata, kementerian menerima 20 aduan daripada pelancong mengenai teksi dari Januari hingga Ogos.

"Kebanyakan aduan adalah mengenai pemandu teksi tidak menggunakan meter, mengenakan caj berlebihan kepada penumpang dan biadap.

“Kementerian bimbang mengenai Kuala Lumpur berada dalam senarai atas bagi pemandu teksi paling teruk di dunia oleh LondonCabs.co.uk,” katanya.

Beliau mengulas mengenai perhimpunan 100 pemandu teksi di Jalan Bukit Bintang dari 3 petang hingga 7 petang pada Selasa bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, termasuk pengenalan bas GO-KL secara percuma yang dikatakan mereka bahawa ia menjejaskan perniagaan mereka.

Satu lagi laman web, Ratestogo.com, meletakkan Kuala Lumpur sebagai nombor tiga selepas Phnom Penh dan Jakarta.

Dr Ng berkata, beliau tidak fikir perkhidmatan bas GO-KL akan memberi kesan kepada industri teksi sangat, sambil menambah: "Kami berharap industri teksi akan berubah. Saya mahu pemandu teksi kami untuk menjadi yang terbaik di dunia."

Pengerusi Persatuan Pelancongan BBKLCC, Joyce Yap berkata, mereka akan bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak lama lagi kerana “ "memahami tuntutan pemandu teksi dan menyelesaikan perkara itu secara baik melalui perbincangan".

Kemudian, dalam satu kenyataan, beliau berkata, menyekat akses bandar dalaman menganggu perdagangan dan boleh menjejaskan keselamatan awam, apabila kenderaan kecemasan tidak akan dapat memasuki kawasan ketika diperlukan.

Artikel Berikut

14 Pati Ditahan Polis Marin

Artikel Lain