Johor, Pulau Pinang Warta Zon Larangan Merokok - Semasa | mStar

Johor, Pulau Pinang Warta Zon Larangan Merokok

KUALA LUMPUR: Enam kawasan di Pulau Pinang dan satu di Johor telah diwartakan sebagai zon larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pewartaan yang berkuat kuasa pada 2 Okt itu adalah dengan kerjasama kedua-dua kerajaan negeri berkenaan.

Beliau berkata di Johor, kawasan yang diwarta ialah Hutan Bandar Mutiara Rini Johor Baharu manakala di Pulau Pinang membabitkan Taman Perbandaran George Town, Taman Botani Daerah Timur Laut, Empangan Air Itam Daerah Timur Laut, Empangan Mengkuang Bukit Mertajam, Taman Bandar Ampang Jajar Seberang Perai Tengah dan Empangan Telok Bahang Daerah Barat Daya.

Liow berkata pada Jun tahun lepas, Melaka mewartakan lima kawasan sebagai zon larangan merokok di bawah Program Melaka Bebas Asap Rokok iaitu Bandar Warisan Dunia, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), Pusat Bandar Alor Gajah dan Pusat Bandar Jasin.

"Pihak kementerian, dengan kerjasama kerajaan negeri, bertekad untuk mewujudkan lebih banyak zon larangan merokok, terutama di kawasan yang menjadi tumpuan awam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Liow berkata ini bagi melindungi mereka yang tidak merokok, terutama wanita dan kanak-kanak, daripada bahaya asap rokok basi.

Beliau berkata kajian yang dijalankan tahun lepas mendapati lebih 70 peratus orang dewasa terdedah kepada asap rokok basi di tempat awam.

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mewartakan 21 kategori tempat larangan merokok, antaranya, kawasan hospital atau klinik, lif atau tandas awam, dalam kenderaan awam, hentian pengangkutan awam, premis kerajaan, institusi pengajian tinggi, taman asuhan kanak-kanak, kompleks beli-belah, stesen minyak dan perpustakaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain