suria

Reman Dua Suspek Kes Culik Remaja Lelaki Dilanjut Tujuh Hari Lagi

ALOR SETAR: Dua suspek kes culik remaja lelaki berumur 13 tahun dilanjutkan tempoh reman tujuh hari lagi sehingga Khamis minggu depan bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan.

Suspek itu masing-masing rakyat tempatan dan warganegara India. Perintah sambung tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret di sini Wan Noor Fadzilah Ibrahim.

Semalam, tiga lagi suspek kes itu iaitu dua rakyat tempatan dan seorang warga Myanmar disambung reman selama tujuh hari sehingga Rabu minggu depan.

Semua mereka berumur berumur 20-an hingga 50-an ditahan polis dalam serbuan berasingan di Alor Setar dan Sungai Petani pada 27 dan 28 Sept lepas.

Selasa lepas, lima lelaki termasuk seorang warga Myanmar dan seorang warga India ditahan polis kerana disyaki terbabit menculik seorang remaja lelaki berumur 13 tahun di Jalan Kampung Pisang di sini ketika mangsa pulang dari pusat tuisyen kira-kira pukul 10 malam dan meminta wang tebusan sebanyak RM500,000. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

14 Pati Ditahan Polis Marin

Artikel Lain