suria

Projek PR1MA Di Tanah Yang Diperuntukkan Kerajaan Dan Tidak Digunakan - Muhyiddin

SHAH ALAM: Tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan tetapi tidak digunakan untuk tujuan asal akan digunakan untuk membina rumah mampu milik bagi kumpulan berpendapatan sederhana.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memberi jaminan kepada rakyat bahawa rumah-rumah yang dibina itu akan berharga di bawah RM300,000.

"Sebagai contoh, plot tanah yang diperuntukkan untuk membina sekolah tetapi tidak digunakan bagi maksud itu boleh dibangunkan menjadi projek PR1MA," katanya semasa perhimpunan dengan pemimpin organisasi belia bukan kerajaan (NGO) Selangor di Universiti Teknologi Mara di sini, Khamis.

PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) merupakan satu program kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah yang lebih besar, terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana, dengan menyediakan harga hartanah kediaman yang lebih berpatutan di bandar-bandar utama di seluruh negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

14 Pati Ditahan Polis Marin

Artikel Lain