suria

Wanita Didenda RM1,800 Miliki Mercun

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret pada Rabu menjatuhkan hukuman denda RM1,800 terhadap seorang wanita selepas mengaku bersalah memiliki mercun tanpa permit, pada Ogos lalu.

Majistret, Mohd Hafiz Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Hanisah Mamat, 53, dan menetapkan penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Hanisah didakwa memiliki bahan letupan tanpa permit daripada pihak berkuasa iaitu dua kotak 'Disco Flash P5008' dan empat kotak 'Happy Boom Crackling Ground Bloom Flower' di bazar Ramadan di Cabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini pada 6.15 petang, 2 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh membayar denda tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain