suria

KDN Akan Rayu Keputusan Mahkamah Berhubung Permohonan M'Kini

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk memfailkan rayuan keputusan mahkamah berhubung tindakan agar kementeriannya mempertimbangkan pemberian permit percetakan kepada portal Malaysiakini.

"KDN sudah pasti akan berhubung dengan Jabatan Peguam Negara secara peribadi sudah tentu saya mahu perkara dirayu. Tetapi pda akhirnya, bukan saya yang memutuskannya.

"Kami juga akan menyediakan apa-apa maklumat yang diperlukan oleh Jabatan Peguam Negara bagi membantu mereka dalam isu ini," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Lobi Parlimen Rabu.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi meminta KDN mempertimbangkan permohonan Malaysiakini untuk mendapatkan permit percetakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain