KPDNKK Akan Kompaun Peniaga Naikkan Harga Makanan - Semasa | mStar

KPDNKK Akan Kompaun Peniaga Naikkan Harga Makanan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengkompaun peniaga dan pengusaha yang menaikaan harga makanan ekoran pengurangan subsidi gula oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata tindakan mengkompaun itu boleh diambil di bawah Akta Pencatutan untuk mendakwa peniaga dan pegusaha yang ingkar.

Jelasnya, bagi kesalahan individu mereka boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat pula kompaun yang boleh dikenakan adalah sehingga RM500,000.

"Saya menyeru kepada peniaga dan pengusaha makanan jangan ambil kesempatan daripada pengurangan subsidi ini untuk menaikkan harga makanan dan minuman.

"Ini kerana kosnya begitu minimum tidak sampai satu sen. Kita harap mereka dapat menyerap kos ini sekali gus dapat membantu mengurangkan kos hidup rakyat di negara ini," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata tindakan mengkompaun diambil bagi memberi kesedaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga makanan sesuka hati.

"Semua penguatkuasa KPDNKK telah diarahkan untuk memantau harga di kedai-kedai, restoran dan industri pengeluaran makanan.

"Kita harap golongan pengguna menjadi telinga dan mata kerajaan dengan melaporkan kepada KPDNKK jika ada pengusaha menaikkan harga makanan terlalu tinggi. Laporan ini boleh dibuat di semua pejabat KPDNKK di peringkat cawangan mahupun negeri," katanya.

Jelasnya, KPDNKK tidak mahu mengkompaun peniaga namun apa yang dititikberatkan adalah demi rakyat kerana pengambilan gula berlebihan boleh menjejaskan kesihatan seperti penyakit kencing manis.

Pada pembentangan Belanjawan 2013, Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain