suria

Dua Lelaki Didakwa Terima Rasuah Tukar Keputusan Air Kencing

Bekas anggota polis, Hashim Said, 58, (kiri) dan seorang lelaki Shahfarid Subry, 26, (berbaju hitam) yang diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, didakwa di Mahkamah Seksyen Alor Setar, atas tuduhan menerima rasuah untuk menukar air kencing positif dadah tahun lepas, Selasa .
Hashim yang berpangkat Sarjan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di Sungai Petani dituduh menerima rasuah untuk diri sendiri wang tunai RM500 daripada Shahfarid sebagai dorongan untuknya menukar air kencing Ammar Azmi, 19, yang positif dadah jenis 'meth' kepada negatif.
-fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Dua lelaki termasuk seorang bekas polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan menerima rasuah untuk menukar air kencing positif dadah tahun lepas.

Bekas anggota polis, Hashim Said, 58, dan Shahfarid Subry, 26, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan terbabit.

Bagi kes pertama, Hashim dituduh menerima rasuah untuk diri sendiri wang tunai RM500 daripada Shahfarid sebagai dorongan untuknya yang ketika itu merupakan Sarjan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di Sungai Petani untuk menukar air kencing Ammar Azmi, 19, yang positif dadah kepada negatif.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Nasi Kandar Ayam Kampung Haji Ramli, Simpang Empat di sini kira-kira 10 malam pada 23 Jun 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Shahfarid pula dituduh menerima untuk Hashim wang tunai RM500 daripada Azmi Hashim, 51, sebagai dorongan kepada Hashim untuk menukar air kencing Ammar.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Nasi Kandar Ayam Kampung, Pendang kira-kira 4 petang pada 23 Jun 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Hakim Mohd Sabri Ismail menetapkan jaminan untuk kedua-dua tertuduh masing-masing RM5,000 dan seorang penjamin.

Hakim turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fieza Fazlin Fandi supaya kedua-dua kes dibicarakan serentak kerana ia berkaitan.

Mohd Sabri menetapkan sebutan semula kedua-dua kes itu pada 20 November depan untuk penyerahan dokumen dan membolehkan tertuduh melantik peguam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain