173 Kes Penipuan Guna Nama Kastam Dikesan - Semasa | mStar

173 Kes Penipuan Guna Nama Kastam Dikesan

PUTRAJAYA: Sejumlah 173 kes penipuan menggunakan nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah dikesan agensi itu bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khazali Ahmad berkata, ia termasuk kes membabitkan seorang wanita yang mengalami kerugian sebanyak RM350,000.

"JKDM tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk kutip cukai bagi pihak kami, segala bayaran harus dijelaskan di kaunter dan orang ramai diminta lebih berwaspada supaya tidak menjadi mangsa seterusnya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, setakat ini, JKDM berjaya mengutip hasil RM24.6 bilion iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Khazali berkata, jika ekonomi negara tidak mengalami perubahan besar, JKDM yakin dapat mencapai sasaran kutipan hasil sebanyak RM33 bilion pada tahun ini.

Selain itu, beliau berkata, JKDM memperkenal pelbagai inisiatif dalam usaha mencapai perkhidmatan bertaraf dunia menjelang 2015, termasuk melakukan transformasi melibatkan pindaan visi dan misi agar lebih relevan.

"Pelan Strategik JKDM juga telah dilancarkan, yang menyediakan hala tuju dan bidang fokus JKDM bagi melaksanakan agenda pemodenan dan transformasi sistem penyampaian untuk tempoh 2010 hingga 2014," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Didenda RM1,800 Miliki Mercun

Artikel Berikut

Anwar Dolak-Dalik Isu Kabinet Bayangan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain