suria

SPAN Sangkal Dakwaan Salah Guna Kuasa Beri Permit Bulanan

KLANG: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyangkal dakwaan bahawa ia menyalahgunakan kuasa dengan memberi permit operasi bulanan bagi konsesi air, sekali gus menghalang usaha kerajaan negeri untuk menstruktur semula industri itu.

Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Kasim berkata, kenyataan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak tepat, kerana SPAN diberi kuasa untuk mengeluarkan permit dalam tempoh peralihan untuk berhijrah ke pentadbiran baru di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).

“Pada mulanya, kebenaran itu adalah untuk tempoh dua tahun di bawah Akta, yang berkuatkuasa pada Januari 2008.

“Kerana rundingan untuk menstruktur semula industri air di Selangor masih belum dimuktamadkan, tempoh pemberian kuasa itu akan dilanjutkan dari bulan ke bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain