Polis Tahan Lima Lelaki Culik Remaja - Semasa | mStar

Polis Tahan Lima Lelaki Culik Remaja

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim menunjukkan wang tebusan yang berjaya ditemui semula selepas berjaya menahan lima lelaki termasuk seorang warga Myanmar yang disyaki terbabit menculik seorang remaja lelaki berumur 13 tahun di Jalan Kampung Pisang, Alor Setar, Kedah, Selasa lepas pada sidang media Ahad. -fotoBERNAMA
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim menunjukkan wang tebusan yang berjaya ditemui semula selepas berjaya menahan lima lelaki termasuk seorang warga Myanmar yang disyaki terbabit menculik seorang remaja lelaki berumur 13 tahun di Jalan Kampung Pisang, Alor Setar, Kedah, Selasa lepas pada sidang media Ahad. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warga Myanmar yang disyaki terbabit menculik seorang remaja lelaki berumur 13 tahun di Jalan Kampung Pisang di sini, pada Selasa lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dua suspek diberkas di sini pada malam Khamis dan tiga lagi ditahan di sebuah kuil di Sungai Petani, dua malam lepas.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek berumur 20-an hingga 50-an itu menculik remaja tersebut di Jalan Kampung Pisang ketika mangsa pulang dari pusat tuisyen kira-kira pukul 10 malam.

"Selepas menculik, suspek menghubungi keluarga remaja itu kira-kira pukul 11 malam hari yang sama menuntut wang tebusan sebanyak RM500,000.

"Penculik bagaimanapun bersetuju menerima RM350,000 setelah berunding dengan keluarga remaja tersebut dan membebaskannya pada Khamis lepas setelah menerima wang tebusan," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

Ahmad berkata remaja tersebut kini masih dalam keadaan trauma.

Katanya hasil laporan yang dibuat keluarga remaja berkenaan, polis berjaya menahan kesemua suspek dan menemui wang tebusan sebanyak RM349,700.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman mulai semalam sehingga Khamis ini.

Katanya polis masih menyiasat sama ada kelima-lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan menganggap kes itu selesai dengan penahanan kesemua lelaki terbabit. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara