suria

Mahkamah Tinggi Benar Permohonan Portal Batal Keputusan KDN

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Malaysiakini untuk membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak mempertimbang permohonan untuk menerbitkan surat khabar.

Hakim, Abang Iskandar Abang Hashim memerintahkan KDN dan dua lagi membayar kos RM5,000 kepada MKini Dotcom selaku pengendali portal berita Malaysiakini, yang bertindak sebagai pemohon.

Dalam penghakimannya, Abang Iskandar berkata, terdapat salah tafsir dalam hak untuk penerbitan, yang merupakan satu keistimewaan dan sebahagian daripada peruntukan kebebasan bersuara dalam Perlembagaan.

Ketika ditemui pemberita, peguam K.Shanmuga yang mewakii Malaysiakini berkata, mahkamah membenarkan permohonan itu dirujuk semula kepada KDN untuk dipertimbang secara undang-undang.

Pihak pembelaan yang dibantu peguam Edmund Bond, turut menyebut bagi pihak Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail yang tidak hadir ke mahkamah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain