suria

Ketua Meja Sukan Bernama Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Ketua Meja Sukan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Zulhilmi Supaat, 44, meninggal dunia di Hospital Selayang pagi Isnin setelah mengalami sesak nafas.

Balu Allahyarham, Noor Aidah Idris, 37, berkata Allahyarham mengalami sesak nafas malam tadi dan meninggal dunia di Hospital Selayang pada pukul 7.45 pagi ini.

Wartawan sukan itu mempunyai empat orang anak -- Amir Fitri, 9, Alya Farisah, 7, Aina Farizah, 6, dan Akmal Fahmi, 5.

Allahyaram menyertai Bernama pada 1992 dan membuat liputan pelbagai acara sukan di dalam dan luar negara, antaranya Sukan Olimpik London Ogos lepas, Sukan Asia di Sukan Asia Guangzhou 2010, Sukan Komanwel 2010 di New Delhi serta beberapa kejohanan badminton Piala Thomas.

Allahyarham juga adalah anggota jawatankuasa Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain