suria

Formula 3-3-3-1 Untuk Rampas Semula P.Pinang - Ahmad Zahid

Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) mengibarkan bendera BN sebagai tanda sokongan pada program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri di Sunway Karnival Mall, Seberang Jaya, P.Pinang, Ahad. Program berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan selaku Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Seramai 5,000 pemuda dan puteri BN menghadiri program berkenaan. -fotoBERNAMA

BUTTERWORTH: Umno Pulau Pinang perlu mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta merealisasikan 'Formula 3-3-3-1' jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Formula 3-3-3-1 ialah Umno Pulau Pinang perlu menambah tiga lagi kerusi dengan 11 yang disandang sekarang, MCA dan Gerakan memperoleh tiga kerusi masing-masing dan satu oleh MIC.

"Jika ini berlaku, kita dapat bentuk kerajaan BN di Pulau Pinang dengan majoriti satu kerusi. Tetapi kalau parti komponen BN negeri bekerja lebih kuat lagi, saya yakin lebih banyak lagi kerusi DUN boleh dirampas di negeri ini," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program "BN Pilihan Orang Muda' peringkat negeri, di sini, Ahad.

Pada PRU 2008, BN hanya memenangi 11 kerusi DUN daripada 40 kerusi yang dipertandingkan manakala DAP mendominasi dengan 19 kerusi manakala PKR memperoleh sembilan kerusi dan PAS satu kerusi.

Mengulas krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman, Ahmad Zahid berkata krisis yang berlaku itu disebabkan pemimpin PKR itu mula menyedari partinya hanya diperkudakan oleh DAP.

PKR dan PAS perlu menilai kembali kerjasama yang terjalin dengan DAP kerana kepentingan mereka tidak diambil kira oleh parti itu, katanya.

Krisis antara Lim dan Mansor tercetus ekoran penyiaran rakaman audio yang menunjukkan Pengerusi PKR negeri itu mengkritik Lim sebagai sombong dan angkuh yang disiarkan sebuah stesen televisyen Isnin lalu.

Rakaman audio berkenaan adalah mengenai mesyuarat strategik PKR negeri yang dilaporkan berlangsung April lepas di pejabat parti di Lebuh King, Pulau Pinang.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan soal pembahagian kerusi negeri pada PRU ke-13. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain