Dua Pusat Judi Tanpa Lesen Diserbu, 79 Set Komputer Dirampas - Semasa | mStar

Dua Pusat Judi Tanpa Lesen Diserbu, 79 Set Komputer Dirampas

IPOH: Sebanyak 79 set komputer bernilai RM140,000 dirampas polis dalam dua serbuan termasuk di sebuah premis yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen yang berselindung di sebalik nama premis snuker di sini Ahad.

Pegawai Perjudian Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Muhammad Ashraf Shukor yang mengetuai kedua-dua operasi itu berkata serbuan pertama di premis yang kononnya menjalankan kegiatan permainan snuker di Jalan Tai Fi Tong, Kampung Tawas dilakukan pada 5.30 petang.

"Kami menahan tujuh pelanggan yang berjudi berusia antara 30-an dan 50-an serta dua penjaga yang berumur 17 tahun. Selain itu kami merampas 49 set komputer yang digunakan untuk kegiatan perjudian ini," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Pasukan itu turut merampas wang tunai berjumlah RM1,922 yang dipercayai menjadi pertaruhan pelanggan premis berkenaan.

Katanya, selain tanda 'sewa' ditampal di luar premis, gambar permainan snuker turut diletakkan pada pintu masuk ke premis berkenaan yang diawasi sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Sementara itu, dalam serbuan kedua pada pukul 7 malam di Jalan Tawas Mewah 2, Taman Tawas Mewah di sini pula, polis merampas 30 set komputer yang bernilai RM60,000 serta wang tunai berjumlah RM530.

Muhammad Ashraf berkata, empat pelanggan lelaki dan seorang penjaga perempuan turut ditahan.

Beliau berkata, serbuan dalam operasi bersepadu bersama tujuh orang penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh dan 12 anggota D7 itu adalah hasil maklumat orang awam dan mereka membuat intipan hampir seminggu.

Katanya, kesemua yang ditahan dalam kedua-dua operasi itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk siasatan lanjut.

Katanya, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 bagi setiap mesin perjudian dirampas dan penjara tidak lebih lima tahun. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain