suria

Rumah Mampu Milik Beri Kesan Harga Pasaran - SPNB

IPOH: Pemaju swasta dijangka menurunkan harga rumah apabila rumah yang lebih murah dibina, kata Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh.

Beliau berkata harga rumah terutamanya di Lembah Klang meningkat berikut kenaikan harga tanah serta kos bahan binaan.

"Bagaimanapun melalui skim perumahan mampu dimiliki seperti skim Rumah Mampu Milik dan Skim Rumah Pertamaku memenuhi permintaan dengan harga yang lebih rendah.

"Oleh yang demikian ia akan memberi kesan kepada harga perumahan di sesuatu kawasan itu," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Menerusi perbentangan Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan membina Sebanyak 123,000 unit rumah dengan harga berpatutan akan dibina di kawasan-kawasan strategik tahun depan seperti Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Baharu (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang).

Selain itu sebanyak RM500 juta akan dibelanjakan PR1MA untuk membina 50,000 unit rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan harga jualan antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain