suria

Insiden Dua Polis Ditembak: Lima Saksi Bantu Beri Keterangan

KUALA LUMPUR: Polis telah merekodkan kenyataan daripada lima individu yang berada di tempat kejadian tembakan dua anggota polis di persimpangan trafik di Jalan Kuchai Lama pada pukul 6.45 petang Rabu.

Ketika kejadian, Koperal Nor Azran Abu Bakar, 42, dan Koperal R. Subramaniam, 52, telah ditembak apabila mereka mengarahkan suspek menghentikan kenderaan untuk pemeriksaan.

Empat suspek itu dikatakan melarikan diri selepas meninggalkan kereta tersebut selepas insiden tembakan itu.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata kereta suspek terkena tiga das tembakan yang mengenai tingkap dan tangki petrol.

“Kami masih lagi meneliti rakaman daripada kamera di lampu isyarat berkenaan. Empat suspek yang berada dalam kereta dikatakan melarikan diri selepas meninggalkan kereta itu sebaik sahaja ia ditembak dan pelurunya mengenai tangki petrol kereta berkenaan. Kami mendapati kereta itu telah lima kali diubah pemilikannya,” kataya kepada pemberita selepas melawat dua anggota polis yang ditembak itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Khamis.

Ku turut mengiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika melawat mangsa di hospital berkenaan.

Hishamuddin memuji sifat keberanian dua anggota polis yang cuba menahan suspek, turut menasihati orang ramai agar memberi kerjasama dengan pasukan polis bagi mencegah jenayah.

Ismail berkata polis telah petunjuk dan yakin supspek akan ditangkap tidak lama lagi

Koperal Nor Azlan cedera di leher sementara Koperal Subramaniam ditembak di abdomen. Kedua-dua dilaporkan berada dalam satu keadaan stabil.

Ku turut mendedahkan bahawa seroang lagi anggota polis yang sedang menunggang motosikal lalu ditempat itu ketika kejadian malang itu berlaku bergegas membawa rakan-rakannya yang cedera dengan menaiki kereta peronda mereka.

Koperal Subramaniam dan Kopereal Azlan sedang mengejar kereta Proton Saga selepas pemandunnya enggan mengentikan kenderaan mereka dalam satu pemeriksaan.

“Kereta itu kemudiannya berhenti di persimpangan lampu isyarat. Kami pun keluar untuk memeriksa pemandu kereta berkenaan. Namun tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan bertalu-talu dan kami terpaksa membalas serangan itu,” katanya. Koperal Azlan berjaya menembak senjata suspek walapun dia ditembak di bahagian leher.

“Saya mahu terus berjuang, tetapi saya tidak dapat kerana sakit yang amat sangat,” uajrnya.

Artikel Sebelum

Waspada Senjata Pembangkang - PM

Artikel Lain