suria

CCTV Akan Dipasang Di Kedah, Perak

SHAH ALAM: Kerajaan akan memberi tumpuan meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di Kedah dan Perak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop pada Sabtu.

Pada masa ini, kamera akan diletakkan di beberapa daerah di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.

Abu Seman berkata dua negeri telah diklasifikasikan sebagai 'kawasan panas'.

Dalam ucapan Bajet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 2013 pada Jumaat, beliau mengumumkan 25 majlis tempatan akan menerima CCTV tambahan.

Ahli parlimen Umno juga mencadangkan 1,000 buah motosikal tambahan untuk rondaan polis yang diumumkan dalam Bajet 2013, menekankan bahawa ia akan diagihkan secara sama rata di seluruh negara.

"Motosikal adalah mudah bagi polis untuk bergerak di atas jalan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Bukit Jelutong.

Artikel Sebelum

Waspada Senjata Pembangkang - PM

Artikel Lain