suria

Pemanadu Bas Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja 13 Tahun

KUANTAN: Seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan merogol seorang budak perempuan berusia 13 tahun pada Julai lalu.

Sauruddin Anuar Mohidin, 39, dari Endau, Rompin, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Bazilla, B 244, Jalan Bypass-Kuantan pada 9 pagi, 27 Julai lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Amalina Zainal Mokhtar kemudian memohon wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Mohd Azhar membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selepas tertuduh merayu agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan empat anaknya masih bersekolah, isteri tidak bekerja dan pendapatannya sebagai pemandu bas hanya RM1,000 sebulan.

Mohd Azhar menetapkan 29 Sept ini untuk sebutan semula kes.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain