Empat Lelaki Ditahan, Dadah Bernilai RM300,000 Dirampas - Semasa | mStar

Empat Lelaki Ditahan, Dadah Bernilai RM300,000 Dirampas

KUALA LUMPUR: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM300,000 dan menahan tiga lelaki tempatan serta seorang rakyat Nigeria dalam serbuan berasingan di sekitar ibu negara sejak tiga hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Wan Abdullah Ishak berkata warga Nigeria berusia 47 tahun itu yang dipercayai terlibat dalam penipuan 'Black Money' ditahan lewat malam tadi bersama ganja seberat 21 gram di sebuah hotel mewah di Jalan Pudu di sini.

Beliau berkata lelaki yang dikesan memiliki tiga pasport negara berlainan itu juga dipercayai terlibat dalam pengedaran wang palsu dan menggunakan pasport itu untuk bertukar lokasi kegiatan.

"Turut ditemui dalam bilik hotel itu ialah beberapa mata wang asing palsu bernilai lebih RM150,000 serta wang tulen dalam bentuk Pound dan Yen bernilai RM44,607," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 489c kerana memiliki wata wang kertas atau surat janji bayaran bank yang telah dibuat dengan jalan pemalsuan atau lancungan. Dalam kes berlainan, Wan Abdullah berkata seorang lelaki tempatan berumur dalam linkungan 30 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kereta untuk dijual di negara jiran (Thailand) ditahan di kawasan parkir sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, kira-kira 5 petang dua hari lepas.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap kereta yang dinaiki suspek membawa kepada penemuan ganja seberat 14 kilogram.

Sementara itu sebanyak 2,000 biji pil Eramin 5 dan syabu seberat 996 gram dirampas daripada dua lelaki Cina yang ditahan dua hari lepas di hadapan sebuah bank di Jalan Ipoh di sini pada pukul 8.30 malam.

Wan Abdullah berkata selepas diperiksa, polis menemui dadah itu yang disembunyikan dalam sebuah daripada kereta yang digunakan oleh kedua-dua lelaki berkenaan.

"Turut ditemui tiga butir peluru," katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Dua Anggota Polis Ditembak Stabil - Timbalan KPN

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.