suria

Bekas Ahli DAP Buat Aduan Dakwa DAP Selangor Salah Guna Kuasa

PUTRAJAYA: Lima bekas anggota DAP pada Khamis membuat aduan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di sini mengenai dakwaan bahawa DAP Selangor menyalahgunakan kuasa pada konvensyen DAP Selangor 2010.

Seorang daripada mereka, bekas anggota DAP Cawangan Serdang Baru Yap Kon Min mendakwa pihaknya sudah dua kali membuat aduan seumpama itu di ROS, namun tiada sebarang tindakan dikenakan.

Beliau berkata perkara pertama membabitkan seorang anggota bankrap (Poh Lai Hok) yang juga Naib Pengerusi cawangan Taman Megah menghadiri konvensyen DAP Selangor pada 28 Nov 2010 dan diberikan kuasa mengundi.

Isu kedua pula membenarkan seorang anggota lelaki (Chang Khuan Ying) mengundi bagi mewakili Setiausaha Hal Ehwal Wanita cawangan Kampung Baru Balakong. "Perkara ini jelas bercanggah dengan perlembagaan DAP.

"Kami sudah mengemuka aduan ini kepada DAP Selangor, tetapi sehingga kini tiada jawapan diberikan.

"Malah saya dipecat daripada parti pada Ogos tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan aduan di pejabat ROS. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain