PM Ucap Tahniah Kepada Pemenang Pilihan Raya Kampus - Semasa | mStar

PM Ucap Tahniah Kepada Pemenang Pilihan Raya Kampus

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang memenangi pilihan raya kampus baru-baru ini.

Menyifatkan proses pilihan raya itu sebagai satu manifestasi berhemah, Perdana Menteri berharap para pelajar berkenaan dapat berkhidmat dengan gigih untuk universiti dan negara.

"Tahniah kepada calon-calon yang menang dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. Manifestasi demokrasi yang berhemah. Semoga berkhidmat dengan gigih untuk universiti dan negara," katanya menerusi laman Twitter malam Khamis.

Pilihan raya kampus sesi 2012/2013, yang diadakan bagi memilih wakil pelajar baharu dengan mandat bertugas selama setahun, menyaksikan penguasaan calon proaspirasi apabila menang di sebahagian besar universiti di negara ini.

Sementara itu, dalam tweet berasingan hari ini, Perdana Menteri turut menyarankan agar nilai perpaduan dipupuk kepada rakyat pada usia yang masih muda.

Beliau berkata kecintaan kepada negara akan datang secara semulajadi apabila seseorang itu menghargai keamanan.

"Pendedahan kepada nilai perpaduan patut dipupuk pada umur amat muda kerana kecintaan kepada negara datang secara semulajadi apabila kita menghargai perpaduan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

PM Tinjau Persiapan Akhir Belanjawan 2013

Artikel Berikut

Polis Tahan 35 Penagih Dadah Dalam Ops Tapis

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain