suria

Pemandu Diberi Peluang Di Bawah AES

PETALING JAYA: Apabila cahaya bertukar ambar (warna kuning jingga), anda hanya mempunyai dua saat sebelum ia bertukar kepada merah dan kamera akan merakamkan anda melakukan kesalahan lalu luntas di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Kelonggaran ini memberi pertimbalan “budi bicara” sekiranya anda tidak mampu berhenti serta-merta apabila cahaya bertukar ambar.

Di bawah sistem itu, anda juga diberi kelonggaran 10 kilometer sejam (kmj) melebihi had laju, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dartuk Solah Mat Hassan.

Sebagai contoh, jika had kelajuan 110kmj, anda hanya akan “dirakam” menerusi AES sekiranya anda melebihi 120kmj, katanya dalam satu taklimat media di sini, Selasa.

“Oleh itu, pesalah tidak lagi boleh mempertikaikan bahawa mereka hanya memandu beberapa kilometer melebihi had laju atau lampu isyarat bertukar merah separuh jalan.”

Solah turut berkata, sistem yang bermula pada Ahad dengan 14 kamera yang dipasang di kawasan yang sering berlaku kemalangan di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, 10 untuk melebihi had laku dan empat untuk mereka yang melanggar lampu isyarat merah.

Dalam tempoh dua hari, sebanyak 2,952 pesalah dirakamkan oleh 809 kamera kerana memandu laju dan 2,142 kerana melanggar lampu merah, tambah beliau.

Solah berkata, kamera akan dipasang di kawasan hitam di seluruh negara pada tahun depan.

Beliau berkatam dengan resolusi 11 megapiksel, kamera boleh merakamkan imej kenderaan dengan jelas walaupun mereka bergerak pada kelajuan tinggi.

Artikel Lain