suria

Lapan Rumah Terbakar, Sembilan Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

IPOH: Sembilan keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah lapan kediaman termasuk sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Tronoh Mine, Kampar malam Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Zainuddin Mat Daud berkata, kejadian berlaku pukul 12.07 tengah malam membabitkan premis separuh batu dan kerugian dianggar RM400,000.

Pihak bomba mengambil masa empat jam untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran, katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, punca kebakaran masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Lain