Disamun Selepas Keluar Wang RM50,000 - Semasa | mStar

Disamun Selepas Keluar Wang RM50,000

BUTTERWORTH: Seorang ahli perniagaan kerugian lebih RM50,000 selepas disamun sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang berhampiran plaza tol Jalan Siram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kejadian samun oleh lapan lelaki itu berlaku pada pukul 3.45 petang Isnin.

Katanya, ketika kejadian, mangsa (lelaki) bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank di Seberang Jaya, di sini.

Menurut beliau lagi, ketika kejadian itu, mangsa yang berusia 46 tahun dan memandu kereta jenis Mercedes Benz terpaksa menghentikan keretanya di tepi jalan selepas plaza tol berkenaan setelah mendapati sesuatu tidak kena pada tayar keretanya.

"Mangsa keluar dari keretanya dan mendapati satu daripada tayar kenderaannya pancit dan cuba menukarnya dengan bantuan rakan-rakannya yang lain," katanya.

Abdul Rahman berkata, kemudian secara tiba-tiba mangsa didatangi lapan lelaki yang menaiki dua buah kenderaan yang kemudiannya mengarahkan mangsa menyerahkan wang jika tidak mahu dicederakan.

Katanya, mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada lapan lelaki bersenjatakan parang itu yang kesemuanya dipercayai berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun kerana bimbang dicederakan.

"Selepas memperoleh wang sebanyak RM50,000 itu, kumpulan berkenaan meninggalkan tempat kejadian dan tidak mencederakan sesiapa," katanya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa diekori kumpulan berkenaan dari bank. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Dewan Rakyat Kutuk Filem Anti-Islam

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain