suria

Pembangkang Bentang Bajet Alternatif Rabu Ini

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang akan membentangkan bajet alternatif mereka pada Rabu ini iaitu dua hari menjelang perbentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 28 September ini.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution berkata, bajet alternatif pembangkang sedia dibentangkan menerusi taklimat khas kepada media di Dewan Rakyat pada Rabu ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan bajet alternatif berkenaan.

"Hari ini kita adakan taklimat bajet kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan pada Rabu ini kandungan bajet itu akan dibentangkan kepada wakil media pula," katanya kepada mStar Online di Parlimen di sini, Isnin.

Sebelum ini Perdana Menteri berkata, Bajet 2013 dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negara selain memberi kesan baik kepada masyarakat.

Malah menerusi draf Bajet 2013 yang diluluskan Kabinet baru-baru ini turut menyaksikan kenaikan peruntukan kepada semua kementerian.

Artikel Lain