suria

Cadangan Akta Anti Lompat Parti Isu Dasar - Nazri

KUALA LUMPUR: Cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memperuntukkan akta anti lompat parti merupakan persoalan dasar yang perlu dikaji secara menyeluruh sebelum dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, undang-undang sedia ada di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memperuntukan sebarang hukuman terhadap wakil rakyat yang melompat parti.

"Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Akta Pilihan Raya 1958 dengan hanya memberi kuasa kepada SPR untuk menentukan kekosongan kerusi di DUN atau Parlimen apabila menerima pemakluman kekosongan kerusi Parlimen atau DUN daripada Yang Di Pertua Dewan Rakyat atau Speaker Dewan Undangan Negeri.

"Proses tersebut diberikan mengikut peruntukan Fasal (1) Perkara 154 Perlembagaan Persekutuan, Sub Seksyen 12 (3) Akta Pilihan Raya 1958 dan pelbagai peruntukan dalam perlembagaan negeri masing-masing," katanya menerusi jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bersedia mewujudkan akta anti lompat parti sekiranya mendapat sokongan wakil rakyat pembangkang.

Selain itu Mohamed Nazri berkata, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kebebasan untuk berpesatuan kepada setiap individu.

"Sehubungan itu semua pihak bebas untuk menyertai mana-mana parti tanpa perlu kerusinya dikosongkan," katanya.

Artikel Lain