suria

Aspirasi Mahasiswa Kuasai Pilihan Raya Kampus Di UUM

KUALA LUMPUR: Kumpulan Aspirasi Mahasiswa yang pro-establishment telah memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam pemilihan perwakilan pelajar bagi sesi 2012/13 yang berlangsung Selasa.

Daripada 36 kerusi itu, lapan adalah untuk kerusi 'Umum' manakala 28 lagi kerusi 'Fakulti'.

Baki dua kerusi lagi dimenangi oleh kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M).

Pada pemilihan di lima buah universiti Khamis lalu, Aspirasi Mahasiswa menyapu bersih kemenangan menewaskan Pro-M.

Lima universiti itu ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).

Sementara di UTHM, Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.

Lima belas lagi IPTA yang melangsungkan pilihan raya kampus hari ini ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Artikel Lain