suria

Penganggur Dipercayai Mati Ditemui Rakan

BESUT: Seorang penganggur berusia 41 tahun yang dipercayai meninggal dunia Sabtu lepas, ditemui di dalam rumahnya oleh rakan karibnya di Kampung Alor Keladi dekat Jerteh di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata mayat Sabri Che Hassan ditemui Azhar Mohamad, 39, yang terhidu bau busuk ketika melalui kawasan rumah tinggal mangsa sebelum menemui mayat rakan karibnya itu kira-kira pukul 7.30 pagi.

Beliau berkata mangsa sebelum ini dikatakan menghidap penyakit buah pinggang dan sepatutnya menjalani rawatan hemodialisis empat kali seminggu di Hospital Besut.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia tanpa disedari keluarganya kerana tinggal berseorangan di sebuah rumah dibina berasingan di tepi jalan besar Jerteh-Hulu Besut dan berhampiran sawah padi," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah dan percaya mangsa meninggal dunia akibat penyakit buah pinggangnya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain