suria

Laporan Audit 2011 Dibentang Selepas Bajet 2013

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat seminggu selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kelewatan itu bagi memberi peluang wakil rakyat untuk membahaskan secara terpeinci Bajet 2013.

"Ia akan memberi peluang kepada ahli-ahli dewan membincangkan secara lebih fokus tentang bajet tanpa mencampur adukkan dengan laporan audit," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Isnin.

Ditanya sama ada kelewatan berkenaan akan menimbulkan persepsi negatif khususnya di kalangan wakil rakyat pembangkang, Mohamed Nazri berkata: "Seperti tahun lepas laporan audit juga dikeluarkan selepas pembentangan bajet 2012".

"Laporan sudah siap untuk dikeluarkan...setiap bahagian ada penjelasan terperinci."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain