suria

Jumlah Pengundi Baru Bakal Beri Impak Besar Pada PRU13

PETALING JAYA: Buat pertama kalinya jumlah pengundi baru yang berdaftar mencatatkan rekod tersendiri dan bakal memberikan kesan yang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

Kini jumlah pengundi baru membentuk satu perlima daripada 13.1 juta pengundi atau 22 peratus (2.9 juta) pengundi keseluruhan, kedua-dua parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dijangka akan memberi fokus kepada pengundi baru ini dalam strategi kempen masing-masing.

Sejumlah 2,920,828 rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi dari tahun 2008 hingga 30 Jun tahun ini.

"Ini adalah jumlah paling tinggi pernah dicatatkan. Sejak empat tahun lalu, kita telah cuba mengurangkan jumlah pengundi yang tidak berdaftar di Malaysia," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar katanya kepada The Star.

Beliau berkata buat pertama kalinya, kira-kira 2.9 juta pengundi baru berumur antara 39 hingga 40 tahun ke atas dicatatkan.

“Ia tidak boleh dinafikan bahawa pengundi baru ini akan memberi impak yang cukup besar pada PRU13 walaupun terdapat pengundi muda atau warga emas, dalam setiap undi yang dikira,” kata Wan Ahmad.

Sejumlah 155, 420 rakyat Malaysia telah mendaftar sebagai pengundi pada tahun 2008.

Jumlah ini telah meningkat dengan 279,270 pada 2009, 826,462 pada 2010 dan 1,221,635 tahun lepas.

Tambahan sebanyak, 438,041 orang mendaftar sebagai pengundi dicatatkan pada 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain