suria

DBKL Roboh 418 Bilik Jalankan Aktiviti Pelacuran

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sekitar Petaling Street, Jalan Brickfields dan Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini, dirobohkan pada Ahad.

Operasi bersepadu itu dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor melibatkan 140 anggota dan pegawai.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Muhamad Irwan Abdullah berkata, kesemua premis yang mempunyai 418 bilik itu, dirobohkan dalam operasi bermula 12 tengah hari.

"Kami juga menemui kondom dan tilam dalam beberapa premis itu, yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu," katanya pada sidang media di sini.

Katanya, DBKL turut mengambil tindakan terhadap pemilik premis berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain