suria

Pengawal Keselamatan Maut Ditetak Empat Lelaki

ALOR GAJAH: Seorang pengawal keselamatan maut ditetak sekumpulan empat lelaki di kawasan perindustrian Kelemak di sini, Sabtu.

M. Kuganthiran, 19, mati pada pukul 9.20 pagi di Hospital Alor Gajah setelah mengalami kecederaan parah akibat ditetak dengan parang di tengkuk dan tangan kiri serta ditikam di perut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata lelaki itu diserang pada pukul 6.50 pagi ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Tampin, Negeri Sembilan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Klemak.

"Motosikal yang dinaiki mangsa dihimpit sebuah kereta menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikalnya dan empat lelaki bersenjatakan parang kemudian keluar dari kereta dan menyerang mangsa," katanya. Beliau berkata keempat-empat lelaki itu kemudian mengejar Kuganthiran yang cuba melarikan diri dan memukulnya kira-kira 100 meter dari tempat dia terjatuh dari motosikalnya.

"Kami percaya dendam merupakan motif kejadian dan akan menyiasat sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes seorang lelaki maut dan tiga lagi cedera akibat ditetak di Tampin Rabu lepas," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain