Akhirnya, Rumah Berpatutan Untuk Golongan Berpendapatan Sederhana - Semasa | mStar

Akhirnya, Rumah Berpatutan Untuk Golongan Berpendapatan Sederhana

PETALING JAYA: Perumahan mampu milik akan disediakan kepada golongan berpendapatan sederhana, walaupun kebanyakkan keluarga di negara ini mempunyai jumlah pendapatan isi rumah sebanyak RM7, 500 sebulan di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Rumah berkenaan akan dijual tanpa sebarang kuota etnik namun disediakan pada kadar khas diskaun melalui kaedah pengundian yang telus.

"Malah mereka yang belum berkahwin juga layak untuk memohon.

"Rumah tersebut terdiri daripada studio apartmen hingga hartanah bergantung kepada lokasi" kata ketua pegawai eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias, Sabtu.

Menegaskan bahawa unit-unit ini bukan rumah kos rendah, Abdul Mutalib berkata PR1MA adalah bertujuan menyelesaikan keperluan perumahan sekaligus mengikut gaya hidup dan kehendak kumpulan berpendapatan sederhana.

"Pada mulanya, apabila PR1MA diumumkan, skim ini hanya terbuka kepada golongan berpendapatan sebanyak RM3,000 hingga RM6,000 namun terdapat masalah bagi kumpulan pertengahan.

"Kami telah berjaya memujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meluaskan band meliputi masalah golongan kelas pertengahan yang tidak tergolong dalam kategori miskin tetapi tidak boleh mampu untuk membeli rumah di bandar-bandar utama, terutama di Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata PR1MA telah mengkaji 20 skim termasuk HDB di Singapura sebelum menjayakan program ini.

Bagaimanapun terdapat penanguhan selama 10 tahun untuk pembeli menjual semula rumah tersebut.

"Terdapat keadaan di mana kita mungkin membenarkan penjualan awal dan kita mempunyai formula tentang harga dan kepentingan kadar inflasi," kata Abdul Mutalib, sambil menambah bahawa maklumat lanjut akan diumumkan minggu depan.

Beliau juga berkata bahawa Najib akan melancarkan skim rumah pertama PR1MA di Seremban pada Sabtu.

"Harga akan berada di bawah harga pasaran, dan ia tanpa sebarang kuota dan diskaun dalam apa jua bentuk," katanya.

Abdul Mutalib berkata projek itu akan menjadi program tiga fasa dan yang pertama terdiri daripada kira-kira 1,200 buah rumah pada 2015.

Beliau menambah bahawa PR1MA telah memutuskan untuk menjalankan projek tersebut di Seremban atas permintaan.

Ini akan menjadi projek pertama PR1MA sejak pewartaan Akta PR1MA pada bulan Januari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain