Malaysiakini Terima Dana Soros Punca Chong Letak Jawatan - Semasa | mStar

Malaysiakini Terima Dana Soros Punca Chong Letak Jawatan

PETALING JAYA: Wartawan veteran Y.L. Chong meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih dari sedekad yang lalu apabila pengurusan portal berita itu enggan mengaku mereka menerima dana daripada penyangak mata wang, George Soros.

"Saya memberitahu Malaysiakini 11 tahun lalu untuk menjernihkan keadaan dan tidak menyembunyikan maklumat daripada pelanggan dan pembaca.

"Saya memutuskan untuk meletak jawatan kerana enggan terlibat merahsiakan hubungan dengan Soros," katanya dalam satu temu bual.

Chong menekankan bahawa beliau tidak menentang penerimaan dana asing tetapi perlu bersikap telus selepas menerima wang tersebut.

"Namun saya percaya dalam etika kewartawanan, terutamanya di Malaysiakini turut mempertahankan ketelusan dan keterbukaan," katanya.

Chong yang turut buat pertama kalinya mendedahkan perkara ini dalam blog miliknya ww.desiderata2000.blogspot.com beberapa tahun lalu mengulas mengenai laporan Malaysiakini dan Suaram antara oraganisasi yang didakwa menerima dana asing.

Dua penyalur dana itu adalah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh Soros.

"Pada ketika itu, saya berkhidmat sebagai editor berita dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang dibangkitkan dalam mesyuarat Malaysiakini.

"Saya difahamkan sesungguhnya Malaysiakini menerima bayaran pendahuluan 10 % daripada RM188,000 untuk 10% faedah dalam Malaysiakini," katanya.

Chong berkata, beliau meletak jawatan selepas bersemuka dengan dua individu berpengaruh dalam Malaysiakini, Steven Gan dan Premesh Chandran.

Kedua-dua mereka enggan membuat pengakuan secara terbuka menerima dana tersebut menerusi Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikendalikan oleh OSI.

"Malah, Gan berkata ia akan membawa kemusnahan kepada Malaysiakini jika mereka mengaku menerima dana tersebut," katanya.

Chong turut menyuarakan kekecewaan terhadap pengurusan portal berita itu yang mendedahkan bahawa beliau berundur kerana tidak berpuas hati dengan bayaran gaji.

"Mereka memutarbelitkan fakta untuk menutup punca sebenar mengapa saya menghantar surat peletakan jawatan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain