Pengerusi DAP Perak Perlu Dikenakan Tindakan Disiplin - Ahmad Maslan - Semasa | mStar

Pengerusi DAP Perak Perlu Dikenakan Tindakan Disiplin - Ahmad Maslan

SUNGAI PETANI: Pemimpin DAP pusat digesa supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoal bantahan umat Islam terhadap filem kontroversi 'Innocence of Muslims'.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan disiplin itu perlu diambil sekiranya DAP benar-benar serius menghormati perasaan umat Islam di negara ini.

"Saya menggesa supaya DAP mengenakan tindakan disiplin kepada Pengerusi DAP Perak itu kerana kalau tidak diambil tindakan, apabila minta maaf dilepas begitu sahaja, ia menggambarkan DAP tidak serius dalam menghormati perasaan umat Islam di negara ini.

"Tindakan beliau adalah suatu perkara yang menghina dan memperlekeh usaha umat Islam, jadi tindakan disiplin ini penting untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Muafakat Ukhuwah peringkat negeri Kedah di Bakar Kapor di sini Jumaat.

Sementara itu, Ahmad berkata sebelum ini DAP juga dilihat tidak mengambil tindakan tegas apabila ada pemimpin mereka yang menghina Jalur Gemilang.

"Jadi DAP ini parti apa? Parti yang langsung tidak ada semangat patriotik kepada negara? Kita menantikan tindakan tegas terhadap Pengerusi DAP Perak oleh pimpinan DAP kebangsaan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Pengawal Keselamatan Ladang Ditemui Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain