suria

Kualiti Udara Di Seluruh Negara Bertambah Baik - JAS

KUALA LUMPUR: Status kualiti udara di seluruh negara pada Jumaat secara amnya bertambah baik berbanding Khamis setelah beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung dilanda hujan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan berkata bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 7 pagi tadi menunjukkan 28 stesen berada pada tahap baik dan baki 24 lagi pada tahap sederhana.

Bagaimanapun, keadaan kualiti udara masih belum stabil kerana bilangan titik panas di Sumatera pada Khamis masih tinggi iaitu sebanyak 155 dan asap pembakaran itu akan dibawa angin barat daya menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kata kenyataan itu.

Keadaan itu dijangka berterusan hingga Oktober susulan cuaca panas kering sekarang.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta melaporkan kejadian sedemikian kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain