suria

Kertas Siasatan Pijak Gambar PM Kini Ditangan Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung insiden memijak dan menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara serta mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' semasa sambutan ambang kemerdekaan ke-55 negara pada 30 Ogos lepas, telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata terserah kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan lanjut sewajarnya.

"Kita telah panjangkan kepada Peguam Negara untuk meneliti laporan itu dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Khamis.

Setakat ini, tujuh individu memberi keterangan kepada pihak polis berhubung tindakan membawa bendera Sang Saka Malaya, memijak dan menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara di khalayak ramai semasa sambutan ambang merdeka.

Sementara lebih 100 laporan polis telah dibuat terhadap tindakan peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka baru-baru ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain