KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat petang ini memutuskan bahawa Perhimpunan Agung tahun ini akan diadakan dari 27 November hingga 1 Disember.Pengumuman itu dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam sidang akhbar sejurus selepas selesainya mesyuarat MT petang Khamis.