suria

Pengawal Keselamatan Ladang Ditemui Mati Dibunuh

JOHOR BARU: Seorang pengawal keselamatan ladang ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Ladang Kuala Kabong, Air Bemban dekat Kulaijaya, awal Khamis.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat Nerwan Nen, 31, seorang lelaki tempatan, kira-kira pukul 1.40 pagi melalui panggilan telefon daripada orang awam.

"Mayat Nerwan ditemui terbaring di tepi dinding di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan. Pemeriksaan mendapati terdapat luka di kening sebelah kanan mangsa manakala tengkorak kepalanya pecah di bahagian kiri," katanya menerusi kenyataan, Khamis.

Zulkefly berkata polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi ASP Lim Jiang Yuan di talian 07-6632222 untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain