suria

Kualiti Udara Di Semenanjung Masih Kurang Baik - JAS

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia masih kurang baik sekalipun secara keseluruhan tidak ada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dicatatkan pada Khamis.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini, berkata setakat 7 pagi tadi, bacaan IPU di 51 stesen pengawasan kualiti udara JAS menunjukkan 23 berada pada tahap baik dan 28 lagi berstatus sederhana.

Menurut kenyataan itu, bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia juga berkurang kepada 302 pada Rabu berbanding 631 pada hari sebelumnya.

Kualiti udara bagaimanapun dijangka terus tidak stabil berikutan keadaan panas dan kering di rantau ini yang berpanjangan hingga Oktober, kata JAS.

JAS juga meminta orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka selain melaporkan kes sedemikian menerusi talian 999 atau 1-800-88-2727.

Perintah larangan pembakaran terbuka yang dikeluarkan pada Jun lepas bagi kawasan Tudan, Permai Jaya dan Kuala Baram di Miri, Sarawak serta negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga masih berkuat kuasa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain