suria

Kerajaan Berusaha Pastikan Pembangunan Ilmu Generasi Baru Felda - PM

PUTRAJAYA: Kerajaan sentiasa berusaha membangunkan generasi baru Felda serta memperkasakan generasi itu dengan peluang menimba ilmu yang sebaik mungkin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata selain itu mereka turut diberi peluang menimba pengalaman-pengalaman baharu dan pengetahuan terkini sama ada di dalam mahupun di luar negara.

"Saya berbanggga bahawa apa yang diimpikan sejak 2005 di bawah strategi baharu abad ke-21 dan 50 tahun akan datang, kita telah mengariskan salah satu terasnya...mesti berusaha membangunkan pewaris-pewaris kita iaitu generasi baharu Felda.

"Kalau generasi pertama meneroka tanah, generasi kedua dan ketiga menjadi peneroka minda dalam abad ke-21," katanya semasa berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar generasi baharu Felda di Seri Perdana di sini Khamis.

Majlis anjuran Universiti Lim Kok Wing itu bagi meraikan 100 pelajar Felda yang telah dipilih mengikuti Program Jelajah Pembelajaran Generasi Baru ke London, dari 24 September ini hingga 18 Januari tahun depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain