suria

Seksyen 114A Akta Keterangan, Akta Keharmonian Nasional Relevan - Nazri

PINDAAN Seksyen 114A Akta Keterangan dan cadangan Akta Keharmonian Nasional adalah revelan dari sudut pandangan undang-undang, menurut menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beberapa undang-undang yang kontroversi menjadi perhatian, antaranya adalah Seksyen 114A, pindaan kepada Akta Keterangan, dan cadangan Akta Keharmonian Nasional, yang menggantikan Akta Hasutan 1948.

Digazet dan dikuatkuasakan pada Julai, Seksyen 114 terus menimbulkan debat mengenai peralihan beban bukti kepada pengguna Internet untuk penerbitan bagi anggapan awal dan pemilikian terhadap kesalahan barangan yang disiarkan secara dalam talian.

Dalam satu temuramah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz berbicara mengenai pindaan dan undang-undang baru itu.

Petikan temuramah:

> Perdana Menteri mengumumkan pada Julai bahawa Akta Hsutan akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Adakah terdapat sebarang petunjuk apabila ia dibentangkan?

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara telah memulakan proses menyebarluaskan Akta Keharmonian Nasional yang baru. Ini bermakna mereka akan mendapatkan penyertaan rakyat, menggubal undang-undang dan menghantarnya ke Kabinet. Proses itu baru sahaja bermula.

Sehingga ia dimansuhkan oleh Parlimen, Akta Hasutan masih berkuatkuasa dan sebarang tindakan yang mensabitkan kesalahan di bawah Akta itu akan ditangani dengan sewajarnya.

> Adakah terdapat elemen utama yang Kabinet mahu masukkan ke dalam Akta berkenaan?

Mungkin Perdana Menteri telah bertemu dengan Peguam Negara mengenai apa yang ada dalam fikirannya. Kabinet akan terlibat apabila draf itu dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.

> Akta Perhubungan Kaum pertama kali dicadangkan pada 2008, dilepaskan pada 2009 dan dibawa kembali pada 2011. Pada April tahun ini, Datuk Seri berkata tiada keperluan untuknya sebelum ini. Kenapa berdolak-dalik?

Apabila kita mempunyai penglibatan awam, pastinya ada tekanan daripada rakyat. Jika rakyat sebulat suara tidak mahu perkataan "hubungan kaum", maka kita perlu mengambil tahu apa yang rakyat mahu. Jadi, jika kita mendengar rakyat, ia tidak bermakna kita berdolak-dalih.

Janganlah menyalahkan kami apabila sebenarnya anda yang meminta kami untuk melibatkan rakyat. Apabila kita menukar pendirian kami, nanti anda kata kami berdolak-dalih pula. Apabila kita tidak berbuat demikian, terdapat bantahan awam dan anda mengatakan kita tidak melibatkannya. Jadi siapa yang keliru di sini?

> Aspek yang manakalah dalam Akta Perhubungan Kaum tidak dimahukan oleh rakyat?

Saya fikir adalah perkataan “kaum”. Kami fikir “keharmonian nasional” lebih baik bunyinya. Ada yang fikir bersatu-padu di negara ini tidak dapat diuruskan maka kita memerlukan satu Akta Perhubungan Kaum. Mungkin itu adalah sebabnya. Maka adalah lebih baik untuk meletakkan elemen hubungan kaum dalam Akta Keharmonian Nasional.

> Adakah elemen cadangan Akta Perhubungan Kaum akan memberi kesan kepada Akta Keharmonian Nasional?

Apabila anda menyebut harmoni, ia merupakan sesuatu perkara antara kaum atau agama. Jadi, tekaan saya adalah ia akan terdapat beberapa elemen Akta Perhubungan Kaum dalam Akta Keharmonian Nasional.

> Adakah dasar anti-diskriminasi akan dimasukkan dalam Akta tersebut?

Saya tidak tahu. Saya tidak dapat komen.

> Apakah pendirian Kabinet?

Kami semua ke arah dasar anti-diskriminasi.

> Bilakah kami semua melihat Akta ini?

Saya tidak dapat beritahu anda kerana saya tidak melihatnya lagi. Saya fikir ia akan (dibentangkan) dalam tempoh parlimen yang baru. Pastinya untuk sesi kali ini, adalah tidak.

> Adakah pemansuhan itu merupakan janji politik apabila ia hanya boleh dilakukan selepas pilihan raya umum?

Ya, kerana kami hanya boleh membentangkannya sekiranya kami dalam Kerajaan.

Artikel Lain